Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Saturday, September 4, 2010

Khalifah Alam Maya...: Kedatangan Dajjal, Nabi Isa & Yakjud Makjud

Khalifah Alam Maya...: Kedatangan Dajjal, Nabi Isa & Yakjud Makjud

Salam
benar apa yang diperkatakan oleh akh.
dalam sebuah buku terbitan Hijjaz Publishing (x ingat nama penulisnya,huhu) yang bertajuk "Misteri Dajjal Terbongkar", misteri2 ketamadunan purba seperti batu berukirn kepala manusia di Pulau Ester, batu Stonhenge di England, banyaknya batu2 granite besar yang diukir bulat dengan ketepatan ukuran yang dijumpai di Amerika Selatan, tamadun Mayan etc sumenya diilhamkan oleh seorang manusia yang bernama dajjal dengan izin ALLAH.

Dajjal ni memang seorang manusia yang mana lahir hasil hubungan ibu bapanya ketika ibunya sedang haid. sewaktu ibunya sarat mengandungkannya, ayahnya membawa ibunya serta seekor sapi untuk dipersembahkan kepada syaitan (kedua ibu bapa dajjal ni adalah pengikut dan penyembah syaitan). untuk makluman, mereka tinggal di Samirah, sebuah kota yang 'kotor' dengan maksiat2 sepertimana kaum Pompeii (yang ditimpakan oleh ALLAH serta merta sewaktu penduduknya sibuk melakukan maksiat terang2an yang tidak terbendung lagi seprtimana kaum Sodom yakni kaum Nabi Luth).

Namun ALLAH telah menyelamatkan kanak2 (yang kemudiannya bernama Dajjal ini) dengan memerintahkan malaikat untuk membawanya ke sebuah pulau (sepertimana yang akh kisahkan di atas, penemuan pulau itu oleh Tamim ad-Dary) dan malaikat memliharanya dengan izin ALLAH.

Pulau itu yang dikenali dengan nama Pulau Haiwan buas dan berbulu lebat itu memang tidak pernah dijejaki manusia kecuali Tamim ad-Dary. Setelah besar, manusia (dajjal) berjalan2 di sekitar pulau dan tidak ada seekor binatang2 buas di situ yang menggangunya. Kemudian, dia ditemui oelh seekor binatang yang amat besar dan berbulu sangat lebat berkata2 kepadanya dan membawanya ke satu batu yang bertulis arab dan tulisannya secara kesimpulannya menyerumanusia itu supaya MENGESAKAN ALLAH, MENGAKUI KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W yang akan datang DAN BERIMAN KEPADA KERASULAN BAGINDA, MENGAKUI BAHAWA ALLAH ADALAH RAJA SELURUH ALAM, dan manusia itu boleh memakan apa saja di pulau itu sesuai dengan kehendaknya.

namun manusia itu mengkufuri nikmat ALLAH dan keesaan ALLAH. ALLAH telah menganugerahkannya tahap kebijaksanaan yang luar biasa sehinggakan kepintarannya menjangkaui zamannya dan zaman yang akan datang. dengan izin ALLAH, manusia itu pergi ke Segitiga Bermuda dan bersekongkol dengan Iblis (manusia itu mahu menjadi raja dunia dan iblis mahu menyesatkan manusia). maka iblis mengajarkannya sihir2 dan ilmu2 syaitan yang tidak pernah diajarkan kepada mana2 manusia.

Manusia itu mampu hidup (sekali lagi dengan izin ALLAH dan semua yang terjadi keatasnya dalah dengan izin ALLAH!) dalam 2 masa@ zaman iaitu dia mampu melangkah masuk ke dunianya semula (dunia manusia) dan kemudian 'berhibernasi' di alam jin dengan kemampuan mampu melihat apa yang manusai lain sedang lakukan di dunia. ketika manusia itu masuk ke dunia manusia, dari situlah dia mengilhamkan pembinaan TAMADUN2 DAN TEKNOLOGI2 PURBA seperti yang ana beritahu awal tadi. dia berbuat demikian dengan identiti yang berbeza2 mengikut waktu dan zaman tersebut. dia ingin meninggalkan 'kesan' dan bukti kebijaksanaannya kepada generasi manusia akan datang agar mengaguminya kerana mana mungkin pada zaman purba itu, manusia purba mampu menukir, mengangkat, membuat ukuran yang tepat kepada batu2/piramid/artifak mereka.

dan illuminati/illumination (SYAITAN DALAM BENTUK MANUSIA) adalah penyembahan manusia kepada syaitan Lucifer yang mana manusia2 pengikut dan penyembah syaitan ini adalah 'MASON' (FREEMASON), ideologi, fitnah dari dajjal untuk mempersiapkan bala tenteranya yang terdiri dari manusia2 mason ini dan manusia2 yang mengaguminya ketika mana saatnya dia akan kembali ke dunia manusia dengan izin ALLAH di waktu terjadinya kiamat besar nanti.

WALLAHU'ALAM. segala perkongsian ilmu yang amat sedikit ini adalah kesimpulan secara ringkas hasil pembacaan ana dari buku "Misteri Dajjal Terbongkar" yang kebanyakan sumbernya adalah dari Muhammad Isa (huhu..bin apa ek???apa tajuk buku dia? aduii...lupa tajuk buku pulak..ngeh3. inilah akibatnya kalau baca secara skimming dan scanning je (teknik membaca cepat untuk mendapatkan gist atau info2 penting dan ingin dicari saja) tanpa ana sendiri yang patut menghargai penulisnya dgn meningat nama penulis /nama buku 2..huhu)

syukran akh atas perkongsian ilmunya.
jazakumullahu khairan kathira =)

1 comment:

  1. heheh wah ade kisah ttg dajjal ms dia kecil ea dila
    mekasih yea?
    kesinambungan kpd post syam tu
    hehe

    ReplyDelete