Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Thursday, November 18, 2010

Wednesday, November 17, 2010

AIR MATA LELAKI..

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


AYAT-AYAT POWER SELEPAS BERKAHWIN

Ayat-ayat power lepas kawin.. macam betul saja..
by Syuhada Sukry

Sebelum tidur:
6 minggu: Selamat tidur Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... tidur kalau tak mengepit tak boleh ke???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk lah dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kat dalam ini?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pergi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, kejap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik ini...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yang U nak.. i tak ada duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u ini..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati lah, nanti jatuh itu..
6 tahun: Orang dah cakap banyak kali pun tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yang U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang saja lah... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH saja TAK BOLEH KE? BUANG DUIT saja!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cerita apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, cerita bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR boleh TAK..??

p/s: renung2kan sahabat2....

Friday, November 12, 2010

SABAR....

SABAR,
Pada kata-kata kau mengerti ungkapannya,
Pada bahasa kau menyampai pengertiannya,

Belajarlah kau untuk berenang,
Pada kata2,pada tunjuk ajar,pada petua,
Namun 1000 tahun pun, kau tak akan mampu utk berenang,
Melainkan kau berada d dlm air,sehingga trtelan berteguk2 air,
Barulah kau akan mampu berenang,

Begitulah SABAR,
Bila kau menanggung derita,keperitan,
Barulah kau mengerti erti SABAR itu,

Betapa mata ini telah menyaksikan,
Langit biru yang terbentang luas,
Dipenuhi dengan bintang-bintang,
Lorekan awan,
Dan lakaran sebuah lukisan,
Yang penuh misteri,
Dalam sebuah bayangan,
Tentang kehidupan......


TERIMA KASIH WAHAI KEKASIH HATI...

Saturday, November 6, 2010

SELAPUT DARA?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

BISMILLAHI RAHMAN NIRRAHIM
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Wallahu'alam

DARA PENTING BAGI SESEORANG WANITA?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Soalan yang amat sensitif bagi ana, tapi ana perlu mewajarkan persoalan ni dengan pasak iman, ilmu dan minda terbuka.


BISMILLAHI RAHMAN NIRRAHIM
Pada pandangan ana, dara memang penting tapi seharusnya kita lihat ia dari pelbagai aspek..
jgn ingat ble seseorang dh xde dara, maka dia bukan perempuan yang sempurna..tidak..dari sudut sains pula, dara itu boleh hilang disebabkan banyak perkara. Apa yang penting maruah kita sebagai seorang muslimah perlu dijaga. begitu juga dengan lelaki..


Justeru, apa yang diaksudkan dengan dara=perawan dalam Islam?
Dara=perawan adalah terdiri daripada mereka yang TIDAK MELAKUKAN SEKS DENGAN RELA SEBELUM NIKAH.


Sape golongan ni? Mereka ialah
1. Yang dilahirkan tanpa dara.
2. Kehilangan dara asbab bersukan, kemalangan dan yang sewaktu dengannya.
3. Mangsa rogol.
Lantas, jika nanti ada antara antum yang mendapati isteri antum yang baik budi pekerti itutidak dara, tanyakan padanya dari hati ke hati, dengan lemah lembut dan penuh kebiijaksanaan, mengapa dia tidak ada dara? kerana mungkin ketiadaan dara isteri antum disebabkan faktor2 yang di atas, yang sebagai seorang hamba, dia tidak berkudrat langsung untuk menghalang kehendak ALLAH.

BEZA ANTARA MANI, MAZI , WADI DAN KEPUTIHAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada ana, tak perlu malu untuk membincagkan soal ini kerana ini membabitkan secara langsung kedudukan ibadah kita di sisi ALLAH. ramai yang terkeliru, tapi masih malu. kenapa perlu malu? tuntutlah ilmu kerana ALLAH. ini soal feqah. soal duduk letaknya amal ibadah kita. 

BISMILLAHI RAHMAN NIRRAHIM
1. Mazi ialah air jernih (licin) yg keluar ketika datang syahwat (ada rangsangan syahwat). Perlu diingatkan,jika benar air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok (tengok gambar/filem lucah etc.), maka tidak syak lagi ia adalah satu DOSA. 

2. Mani pula ialah air yg keruh dan pekat yg keluar ketika klimak syahwat atau sebab bermimpi.

3. Wadi ialah air keruh yg kdg2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.

Apabila keluar mazi atau wadi maka jadi batal wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena.
Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya. 

Air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental. 
Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya, iaitu;

a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu seperti bau tepung diuli,

b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.

Perlu diperjelaskan; apabila seorang lelaki mensetubuhi isterinya, kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam faraj.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 2 (juz. 3), bab Wujub al-Ghasl ‘Alal-Mar,ah.
2. Fiqh at-Thoharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 226.

BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau.

Wallahu'alam