Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Saturday, November 6, 2010

SEPUPU=WALI=BUKAN MAHRAM/MAHRAM?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sering timbul kekeliruan batas aurat antara sepupu dengan sepupu kan? x kesahlah samada sepupu belah mak/belah ayah. 

 Ada org kata, sebab sepupu tu termasul dalam list wali, maka batas aurat adalah sama bila dengan mahram. Haaa...di bawah ni ada penjelasannya. semoga kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain dalam redha ALLAH=)

BISMILLAHI RAHMAN NIRRAHIM....
Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara TIDAK termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan BOLEH BERKAHWIN (BUKAN MAHRAM). Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Persoalan menutup aurat dan wali adalah dua aspek hukum mempunyai asasnya masing-masing. Asas hukum kepada wali ialah hubungan kerabat yang berdasarkan kepada nasab sebelah bapa. Sebab itu, bapa saudara sebelah ibu  tidak tersenarai sebagai wali bagi anak saudara perempuannya. Begitu juga sepupu disebelah ibu, juga tidak tersenarai sebagai wali bagi sepupu perempuannya.

Manakala asas hukum aurat pula ialah hubungan mahram. Sebab-sebab mahram terjadi ada tiga, iaitu mahram dengan sebab keturunan (nasab), mahram dengan sebab susuan dan juga mahram dengan sebab perkahwinan. Diantara orang yang jadi mahram dengan sebab perkahwinan sebagai contohnya ialah bapa mertua. Namun bapa mertua tiada kaitan langsung dengan soal perwalian. Begitu juga dengan anak susuan, meskipun dia  menjadi mahram kepada anak-anak kandung ibu susuannya, namun ia tiada kaitan dengan soal perwalian. Apa yang dapat dikatakan, mahram bukanlah merupakan asas kepada sabitnya perwalian dalam konteks perkahwinan.

Berbalik kepada persoalan adakah abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa (sepupu belah ayah) tak boleh jadi wali. Mereka semua adalah tersenarai sebagai wali tetapi hubungan mereka dengan sepupu perempuan adalah bukan mahram. Ertinya mereka tetap boleh berkahwin dengan sepupu yang perempuan. Oleh itu jika sepupu lelaki (anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa) hendak berkahwin dengan sepupunya yang perempuan, padahal ia juga merupakan wali kepada perempuan tersebut, maka pada ketika itu hendaklah orang yang sedarjat dengannya menjadi wali. Jika tiada, maka berpindahlah kepada wali hakim/sultan.

Di dalam kitab Matla`al Badrain, ada dinyatakan; Tidak sah mengahwin seumpama anak bapa saudara akan dirinya sendiri. Jika diwakilkan kepada orang lain sekalipun bahawa memerintah (melaku) ia atau dua wakilnya akan dua taraf akad itu, atau dia memerintah (menjalankan) satu taraf akad dan wakilnya akan satu taraf akad lagi.

Orang yang layak mengahwininya ialah orang yang satu darjat dengannya, jika tidak ada Qadhilah yang mengahwinkannya berdasarkan wilayah am.

Siapa muhrim wanita? [Surah An-Nur:31]

· Suami

· Ayah

· Bapa mertua

· Anak lelaki

· Anak-anak suami (anak tiri)

· Saudara kandung lelaki (Adik beradik yang Lelaki)

· Anak daripada saudara lelaki (Anak saudara daripada adik beradik lelaki)

· Anak lelaki daripada saudara perempuan (Anak lelaki daripada adik beradik perempuan)

· Perempuan yang beragama islam

· Budak (hamba sahaya)

· Lelaki yang tidak mempunyai syahwat

· Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita

· Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita





6 comments:

  1. wah br tau
    dgn penjelasan yg padat tp ringkas, cukup memahami
    alhmldh
    mekasih...
    nk share ke fb yek??
    huhuh

    ReplyDelete
  2. Segala puji2an hanya milik ALLAH.
    ye, silakan akh. tafadhol=)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum..saya nak tanye tentang isu kahwin dengan sepupu sendiri.saya abu anak kepada ali dan mariam(si perempuan) adalah anak kepada atan.ali adalah anak saudara atan yang mana atan adalah adik bongsu kepada bapa ali iaitu datuk saya.jadi pangkat saya kepada mariam adalah anak sepupu dan mariam adalah mak sepupu saya.jadi apakah hukum jika saya mengahwini beliau??

    ReplyDelete
  4. Mohon share di fb ye... Tq utk articles yg sgt2 menjawab persoalan ni

    ReplyDelete
  5. sah atau tidak berkahwin berwalikan bapa saudara sebelah ibu...mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. sah atau tidak perkahwinan yang berwalikan bapa saudara sebelah ibu

    ReplyDelete