Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Saturday, November 6, 2010

BEZA ANTARA MANI, MAZI , WADI DAN KEPUTIHAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada ana, tak perlu malu untuk membincagkan soal ini kerana ini membabitkan secara langsung kedudukan ibadah kita di sisi ALLAH. ramai yang terkeliru, tapi masih malu. kenapa perlu malu? tuntutlah ilmu kerana ALLAH. ini soal feqah. soal duduk letaknya amal ibadah kita. 

BISMILLAHI RAHMAN NIRRAHIM
1. Mazi ialah air jernih (licin) yg keluar ketika datang syahwat (ada rangsangan syahwat). Perlu diingatkan,jika benar air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok (tengok gambar/filem lucah etc.), maka tidak syak lagi ia adalah satu DOSA. 

2. Mani pula ialah air yg keruh dan pekat yg keluar ketika klimak syahwat atau sebab bermimpi.

3. Wadi ialah air keruh yg kdg2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.

Apabila keluar mazi atau wadi maka jadi batal wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena.
Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya. 

Air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental. 
Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya, iaitu;

a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu seperti bau tepung diuli,

b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.

Perlu diperjelaskan; apabila seorang lelaki mensetubuhi isterinya, kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam faraj.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 2 (juz. 3), bab Wujub al-Ghasl ‘Alal-Mar,ah.
2. Fiqh at-Thoharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 226.

BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau.

Wallahu'alam



3 comments:

  1. Assalamualaikum...klo keputihan itu kna pd pakaian dalam,mka sah ke x solat??..

    ReplyDelete
  2. saya juga selalu alami perkara yang sama.

    ReplyDelete
  3. salam, sy mau ty kalu sesuatu yang keluar secara tidak sengaja berwarna keputihan pekat seperti nasi bubur yang lembik, adkah itu keputihan atau bnda lain? sebab skrg ini sy slalu kpenatan bljr. period sy juga tidak menentu.

    ReplyDelete