Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Monday, August 9, 2010
BINGKAI KEHIDUPAN-SHOUTUL HAROKAH
One of my favourite JIHAD songs. Take ur time to listen to it, and get the MESSAGE from it!
Friday, August 6, 2010
PENYEJUK MATA HATI

Maaf ye tak jelas kata-kata tu. Biar ana terangkan utk antum =)
Suami: Penatnya...
Rasa macam nak berhenti keje je. Nanti tak de income la pulak. ish, dilema aku.
Isteri: Abang..
Eh?..
Inilah zaujahku. Aku menikahinya tahun lepas. Tak cantik macam artis.
Isteri: Penat keje hari ni, bang?
Suami: Takde lah penat sangat, hihi...
Tapi cukup untuk menyejukkan mata hatiku, dan menghilangkan penat seharian bekerja.
Namanya Widad Firasyah. Dia bidadariku di dunia..
Suami: Tengok muka ayang terus hilang penat abang
Isteri: Ada-ada je abang ni tau
Suami: Eh betullah...tak tipu..
Moga ALLAH memperkenan dia menjadi bidadariku di Akhirat jua..
http://komik.dakwah.info

JOM MASAK MEE BANDUNG MUAR..! =)
(psst..ni bukan mee bandung muar yang ana buat tau. ana amek pic ni dari internet, ngeh3. ana tak dapat amek gambar mee bandung yang di masak sendiri, x dak kamera, huhuhu...tapi insyaALLAH cam ni lah rupa mee bandung kita nanti. seakan-akan mirip. kembar seiras la katakan. cuma mungkin mee bandung kita encem sket sebab ada bawang goreng, hahahaha)Salam sahabat yang ana kasihi=)
Untuk resepi mee bandung muar dan resepi-resepi yang seterusnya nanti, ana mohon maaf tak dapat (dan tak tau sebenarnya..kih3=p) sukatan anggaran sebenar untuk bahan2 masakan. Sebab ana ni jenis yang masak ikut anggaran sendiri. Maaf yek!)
Bahan-bahan 1:
(Untuk di kisar, atau bahasa rumahnya; di blender. hahahaha)
- Mee kuning (selalunya untuk makan 5 orang, sebungkus dah cukup. Basuh dulu tau mee ni, hehehe)
- Udang kering (bukan udang geragau tau! Kalau antum jenis yang suka kuah pekat dan rasa udang yang 'mewah' ~ chewah, hahahaha, antum boleh la banyakkan udang kering dan kacang tanah ye)
- Cili kering (yang ni pun sama. Kalau antum suka pedas sikit~again cam ana, hehehe..interfrem sikit=p, antum boley la kasi taruk itu cili kering banyak sket ya!)
- 2 ulas bawang merah
'Tetamu istimewa':
- Incik Kacang tanah (antum kena goreng dulu kacang tanah ni, buang kulitnya dan kisar kering yo)
- Incik air asam jawa (jangan masam sangat ye. Cukup sekadar nak lengkapkan rasa mee kita)
- Puan air rebusan ayam (nak kuah banyak, silalah buat banyak sket ek, hehehe)
- Cik tepung jagung (jangan sampai sepeket. Sekadar agen pemekat kuah je, heee...)
- Mr. garam
- Mrs. gula
- 4 biji telur ayam bersaudara
- Cik bawang goreng
Bahan-bahan 2:
(Untuk dimasukkan dalam kuah)
Haa...yang ni pun ikut selera antum jugak. Macam ana, ana suka letak banyak bahan (ikut badget pon, hua3). Antara bahan2 tu adalah...jeng3...:
- Dada ayam yang telah dipotong dadu (dan telah direbus dahulu)
- Udang merah
- Sotong
- Sayur sawi
Okey, moh masak! =)
Mula-mula, antum blender semua bahan2 1 tadi, jangan lupa masukkan separuh dari kacang tanah antum ke dalam bahan kisar. Simply say, kisar sekali kacang tanah tu dengan bahan2 1.
Bley la antum panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan 1 yang telah dikisar dan biarkan bahan2 1 tu pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air rebusan ayam.
Sementara nak tunggu mendidih, antum masukkan separuh lagi kacang tanah yang belum digunakan ke dalam kuah kita. Antum akan dapati kuah mee bandung antum mulai pekat and then, dalam 1 setengah sudu makan tepung jagung. Jangan letak tepung jagung banyak sangat ye. Nanti kuah jadi terlalu pekat, x sedap. Bersederhanalah dalam segala hal, itu pesanan nabi kita, Rasulullah s.a.w =)
Bila kuah dah mendidih, masukkan bahan2 2 KECUALI sayur sawi. Antum tunggu sampai bahan2 empuk, kemudian antum boley la masukkan sedikit garam dan gula. Haa..bila dah cukup rasa, time ni la antum masukkan sayur sawi sebab kita tak nak sayur jadi terlalu layu kan?
Okey, last step. Bila sayur antum dah mula layu sikit (sikit je tau! jangan layu sangat ok), antum boley la tutup api. Hahahaha
Alhamdulillah...siap sudah mee bandung muar kita. Antum boleyla taburkan sedikt bawang goreng sebelum dihidang, hehehehe
Selamat mencuba!
Jazakumullahu khairan kathira=)

Wednesday, August 4, 2010
Tuesday, August 3, 2010
BAITUL MUSLIM-fantasi atau realiti?

Indahnya cinta!
3 bulan pertama perkahwinan, adalah detik-detik paling manis dan membahagiakan bagi pasangan suami isteri. Makan bersuap, tidur berbantalkan lengan, hanya ungkapan-ungkapan manis buat isteri/suami tercinta dan gurau senda menambah rencah manisnya sebuah perkahwinan.
Setahun kemudian, si isteri disahkan mengandung. Makin bertambah sayang dan cinta si suami kepada isterinya. Anak itulah bukti cinta mereka. Kelahiran zuriat, penyambung kasih sayang disambut penuh meriah dan kesyukuran.
Tapi bagaimana beberapa tahun kemudian? Setelah dikurniakan beberapa orang anak dengan bebanan kerja dan tekanan hidup yang bertambah? Kemesraan di antara si suami dan si isteri semakin kurang, terhakis, pudar seiring dengan berjalannya waktu. Hinggakan satu tahap, si suami dan si isteri bertahan HANYA atas dasar tanggungjawab!
Itu jika pasangan suami isteri masih sedar dengan tanggungjawab masing2. Bagaimana pula dengan pasangan yang mengambil jalan mudah dan singkat dengan melakukan perkara yang bisa menggegar arasy ALLAH. CERAI! Na'uzubillahiminzalik.
Jika jelita isteri yang didamba di awal perkahwinan, wajah nan jelita itu akan pudar dimamah waktu. Jika sasa si suami yang menjadi igauan, badan yang tegap itu akan kendur seiring dengan merosotnya sisa tenaga. Jika nikmat hubungan suami isteri itu diterjemahkan mampu meredakan gelodak jiwa, nikmat itu akan hilang, jika ianya telah pun dikecapi.
Ana belum berkahwin. Apa yang ana ada hanya pengamatan dengan suasana sekeliling dan dari buku-buku yang di baca. Dan secara tuntas, ana dapat mengkonklusinya sebagai:
"Cintailah pasangan hidup kita kerana ALLAH. Tetapkan matlamat hidup kita berumahtangga untuk menggapai redha ALLAH. Tetapkan azam agar PERCINTAAN KITA DENGAN PASANGAN BIAR KEKAL HINGGA KE SYURGA. TETAPKAN AZAM UNTUK MEMBINA SEBUAH BAITUL MUSLIM YANG DIBERKATI. TETAPKAN AZAM UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK, PENYAMBUNG GENERASI TAQWA.
Bercintalah kerana ALLAH kerana dengan itu, kita akan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan pasangan kita. Bukankah rahmat ALLAH menyelubungi tatkala suami isteri saling memandang dengan pandangan kasih sayang? Bukankah kita dikurniakan pahala jika bermesra dan bercanda dengan suami/isteri kita?
Qudwah hasanah kita semua, Rasulullah s.a.w adalah suami terhebat sepanjang zaman. Suka untuk ana kongsikan bersama antum semua:
"Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah s.a.w memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu 'Aisyah r.anha mampir dan memperhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah hal yan menyebabkan engkau tercengang?"
'Aisyah menjawab, "Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-HAzli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke atas syairnya."
Baginda bertanya lagi, "Apakah yang dia katakan?"
'Aisyah menjawab dengan lantunan syair:
Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar.
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar.
Baginda s.a.w tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi 'Aisyah dan berkata,"Kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas pada dirimu!" (Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, hal. 153)"
(Hasrizal Abdul Jamil, "Murabbi Cinta", hal. 242-243, Galeri Ilmu Sdn Bhd, 2010)
Indahnya tauladan nubuwwah. Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang amat sibuk dengan hal-hal ummah,masih mampu memperbaiki kasut baginda sendiri. Masih mampu bermesra dan mengungkapkan kata-kata romantis kepada isterinya! Cuba renung kembali diri kita (terutamanya ana), kita hanya seorang pekerja atau seorang majikan. Kadang-kadang mungkin ada yang lebih sedikit, berkecimpung dengan masyarakat sekeliling untuk hal-hal dakwah atau khidmat sosial yang lain. Tapi berapa kerap kita bermesra dan bergurau dengan pasangan? Sedangkan dengan bermesra dan bergurau, mampu menghangatkan kembali rasa cinta dan kasih di hati. Hanya dengan bermesra dan bergurau antara suami/ isteri, ALLAH akan mengurniakan pahala kerana dikira sebagai ibadah. Hebat bukan?
"Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi ) mereka dengan amanah dari ALLAH dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah" (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah).
BERCINTALAH KERANA ALLAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)