Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tuesday, August 3, 2010

BAITUL MUSLIM-fantasi atau realiti?



Indahnya cinta!

3 bulan pertama perkahwinan, adalah detik-detik paling manis dan membahagiakan bagi pasangan suami isteri. Makan bersuap, tidur berbantalkan lengan, hanya ungkapan-ungkapan manis buat isteri/suami tercinta dan gurau senda menambah rencah manisnya sebuah perkahwinan.

Setahun kemudian, si isteri disahkan mengandung. Makin bertambah sayang dan cinta si suami kepada isterinya. Anak itulah bukti cinta mereka. Kelahiran zuriat, penyambung kasih sayang disambut penuh meriah dan kesyukuran.

Tapi bagaimana beberapa tahun kemudian? Setelah dikurniakan beberapa orang anak dengan bebanan kerja dan tekanan hidup yang bertambah? Kemesraan di antara si suami dan si isteri semakin kurang, terhakis, pudar seiring dengan berjalannya waktu. Hinggakan satu tahap, si suami dan si isteri bertahan HANYA atas dasar tanggungjawab!

Itu jika pasangan suami isteri masih sedar dengan tanggungjawab masing2. Bagaimana pula dengan pasangan yang mengambil jalan mudah dan singkat dengan melakukan perkara yang bisa menggegar arasy ALLAH. CERAI! Na'uzubillahiminzalik.

Jika jelita isteri yang didamba di awal perkahwinan, wajah nan jelita itu akan pudar dimamah waktu. Jika sasa si suami yang menjadi igauan, badan yang tegap itu akan kendur seiring dengan merosotnya sisa tenaga. Jika nikmat hubungan suami isteri itu diterjemahkan mampu meredakan gelodak jiwa, nikmat itu akan hilang, jika ianya telah pun dikecapi.

Ana belum berkahwin. Apa yang ana ada hanya pengamatan dengan suasana sekeliling dan dari buku-buku yang di baca. Dan secara tuntas, ana dapat mengkonklusinya sebagai:

"Cintailah pasangan hidup kita kerana ALLAH. Tetapkan matlamat hidup kita berumahtangga untuk menggapai redha ALLAH. Tetapkan azam agar PERCINTAAN KITA DENGAN PASANGAN BIAR KEKAL HINGGA KE SYURGA. TETAPKAN AZAM UNTUK MEMBINA SEBUAH BAITUL MUSLIM YANG DIBERKATI. TETAPKAN AZAM UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK, PENYAMBUNG GENERASI TAQWA.

Bercintalah kerana ALLAH kerana dengan itu, kita akan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan pasangan kita. Bukankah rahmat ALLAH menyelubungi tatkala suami isteri saling memandang dengan pandangan kasih sayang? Bukankah kita dikurniakan pahala jika bermesra dan bercanda dengan suami/isteri kita?

Qudwah hasanah kita semua, Rasulullah s.a.w adalah suami terhebat sepanjang zaman. Suka untuk ana kongsikan bersama antum semua:

"Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah s.a.w memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu 'Aisyah r.anha mampir dan memperhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah hal yan menyebabkan engkau tercengang?"

'Aisyah menjawab, "Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-HAzli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke atas syairnya."

Baginda bertanya lagi, "Apakah yang dia katakan?"

'Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar.

Baginda s.a.w tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi 'Aisyah dan berkata,"Kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas pada dirimu!" (Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, hal. 153)"

(Hasrizal Abdul Jamil, "Murabbi Cinta", hal. 242-243, Galeri Ilmu Sdn Bhd, 2010)

Indahnya tauladan nubuwwah. Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang amat sibuk dengan hal-hal ummah,masih mampu memperbaiki kasut baginda sendiri. Masih mampu bermesra dan mengungkapkan kata-kata romantis kepada isterinya! Cuba renung kembali diri kita (terutamanya ana), kita hanya seorang pekerja atau seorang majikan. Kadang-kadang mungkin ada yang lebih sedikit, berkecimpung dengan masyarakat sekeliling untuk hal-hal dakwah atau khidmat sosial yang lain. Tapi berapa kerap kita bermesra dan bergurau dengan pasangan? Sedangkan dengan bermesra dan bergurau, mampu menghangatkan kembali rasa cinta dan kasih di hati. Hanya dengan bermesra dan bergurau antara suami/ isteri, ALLAH akan mengurniakan pahala kerana dikira sebagai ibadah. Hebat bukan?

"Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi ) mereka dengan amanah dari ALLAH dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah" (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah).


BERCINTALAH KERANA ALLAH!

4 comments:

  1. Terima kasih akhi untuk hadiah "Murabbi Cinta" ni. Jazakallah=)

    ReplyDelete
  2. just in my own opinion...

    in any relationship, without the elements of trust and believe, love will almost be useless...

    so, iman+ trust+ believe= insya Allah bahagia:)

    ReplyDelete
  3. yup, i totally agree wif dat. that comes those elements of trust and believe whenever u love ur partner bcoz of ALLAH=)

    ReplyDelete