Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Monday, August 9, 2010

MUHASABAH CINTA-EDCOUSTIC

Ya ALLAH...atas semua yang telah Kau beri pada hamba-Mu ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat-Mu.

Ya ALLAH...atas semua dosa dan khilafku selama ini, hanya keampunan-MU ku dambakan. Betapa aku akan malu, saat aku menghadap-Mu nanti, tiada apa yang mampu aku persembahkan sebagai tanda aku menjadi hamba-Mu yang sebenar-benar hamba. Justeru itu, Ya ALLAH...janganlah Kau pesongkan hati ini setelah Kau memberikan hidayah kepadaku kerana sesungguhnya Kaulah pembolak-balik hati, dan lindungi aku dari azab seksa neraka-Mu...amin ya Rabbi...

No comments:

Post a Comment