Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, SAHABAT2! =)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

InsyaALLAH...jika diizinkan ALLAH S.W.T, mungkin esok kita akan menyambut puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Subhanallah...x sabar rasanya. Menikmati keberkatan bersahur, melazimi waktu2 senggang yang ada dengan membaca al-Qur'an, dan merasakan kegembiraan tatkala berbuka puasa (dan semoga juga kita akan merasai kegembiraan saat bertemu ALLAH kelak, amin...).

Sahabat2 percaya x, dengan berpuasa ni, kita dapat mengoptimumkan kerja kita? Cuba sahabat2 bayangkan, waktu tengahari yang biasanya adalah waktu makan, kita ambil masa tu dengan berzikir atau bertadarus dan kemudian menyudahkan mana2 kerja yang sedia ada. Kita akan cuba menyudahkan segala kerja2 kerana kita ingin pula meningkatkan amalan dengan bertarawikh sesudah 'isyak, kan? Dan kita akan semakin menyukai ibadah tahajud kerana kita memang akan bangun awal pagi untuk menyiapkan makanan sahur. Serta pelbagai lagi amalan kebajikan yang sahabat2 boleh manfaatkan dari kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini. Subhanallah..Maha Suci ALLAH yang telah mengurniakan bulan Ramadhan ni untuk kita semua, umat Nabi Muhammad s.a.w.

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

[Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasa'ei]


11 bulan..banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan

11 bulan...banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan

11 bulan...banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bahagian dari diri.

Saatnya istirehat dalam 'perjalanan dunia'
Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
Saatnya menikmati indahnya kemurahanNYA
Saatnya memahami makna pensucian diri.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
bersama kita leburkan kekhilafan

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNYA
untuk dikabulkan doa2
dan kembali menjadi fitrah

Amin...

Jazakumullahu khairan kathira=)

No comments:

Post a Comment