Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Thursday, July 22, 2010

SELAMAT HARI JADI MISS A!!!!


Hari ni hari jadi miss A yang ke 23. hepi besday to you my dearest, sweetest and funniest best fren=)

hehehehe..seperti nukilan miss A dalam blog dia yang kitaorg ada 'pantang' dalam our frenship, yaaa betooollll!!!ana x nafikan, hehehehe. 'pantang' nya adalah kitaorg x bley gelakkan sesame ktaorg sebab benda yang ktaorg gelakkan tu akan kena balik kat org yang gelakkan tu. faham dok? faham2 kan sendirilah kome yek? keh3. okay, cam hari besday ana jumaat lepas kan? miss A ada tepon ana hari ahad, kul 12.14 am yang lps. miss A wish ana malam tu sebab dia lupa besday ana jumaat yang lepas ni. ana kata,'ok2, xpe2.faham da, hehehe'. dalam hati, ana gelakkan dia sebab boley lupa besday ana. last2, hari ni ana pulak 'lupa' besday dia. macam ada something yang x kena hari ni. jadi, bile miss A kol ana pagi ni, baru ana ingat hari ni besday dia. huhuhu...maaf sgt2 ye miss A sebab x dapat nak jadi org pertama wish besday kat awak. soriii......

cakap pasal miss A ni kan, miss A la kawan pertama yang berjaya buat ana gelak besar dan terbahak2 sampai sakit perut. kadang2 kuar air mata dan terlalu penat ketawa pon ada. sampai ana mintak dia benti cakap selama 5 minit, hahahahaa. haaa...cakap pasal benti cakap ni kan, ana ada satu memoir paling sweet yang ana x kan lupakan sampai bile2 (although, there are a lot of sweet memories with her).

cam ni, satu hari tu, ana, dan miss A temankan miss Z (sorg lagi sahabat baik ana, miss Z...i miss youuuuuuu!!!!) p pusat zakat. miss Z poie la masuk kat dalam ofis dan berurusan dengan seorg pegawai ni (miss Z, hencem kan pegawai tu? hahahahahahhaha=p). so, ana dan miss A duduk kat bangku luar tunggu miss Z. cam biase, miss A akan wat lawak dia yang setiap kali akan wat ana pecah perut nak ketawa. ketawa dan gelak2 dengan miss A sampai tiba2 ana rasa malu dengan org sekeliling (iyela, tpt pusat zakat cam tu, tetiba ada 2 org minah ni yang dok ketawa berdekah2, hehehhehe) so ana dengan 'garang'nya suruh miss A benti cakap, tutup mulut, jangan bercakap sepatah pun! selama 5 minit. okai, kitaorg berjaya senyap dalam tempoh beberapa saat. tapi pastu, ana sendiri yg nak tanya something kat miss A! (sebab ana rindu pulak nak dengar celoteh miss A, hehehhehe=p).mengenangkan 'larangan' ana yang suruh miss A benti cakap selama 5 minit, miss A menjawab pertanyaan ana tu dengan menggunakan bahasa isyarat. dan macam biase dengan perangai gila2 kitaorg ni, penggunaan bahasa isyarat berlangsung selam beberapa minit hingga ana sendiri mintak miss A bercakap walaupun tempoh larangan bercakap tu belum sampai 5 minit lagi, hehehhee. ya ALLAH...memang kelakar habis time tu sampai ktaorg x benti2 gelak hinggakan miss Z naik pening dengan perangai kitaorg ni, hehehehe.

banyaaakkk sgt kenangan2 aku dengan miss A ni. pasal 'BILIK MESYUARAT' kat rumah dia, miss A la rupa2nya puteri beradu yang ana cari2 selama ni (hehehehe, sori miss A!=p) dan miss A org pertama yang ana jumpa setakat ni yang melahirkan kebimbangannya jika pelukis dan pencipta watak naruto tu mati. hahahhahahahaha

hehehe, sedih ble mengenangkan ble lagi kita dapat berkumpul dan bergurau cam dulu kan miss A? however, life must go on. anyway, HEPI BELATED BESDAY MISS A!!!! YOU ARE BECOMING A PERFECT WIFE AND MOTHER ONE DAY, ISN'T IT? (hehehe...miss A dah pandai menjahit manik, memasak, dan membuat blouse skg ni. nanti nak tempah ek? bagi diskaun baaaiiiikkk punya tau miss A! hehehhee=p)

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KHATIRA. SALAM 'ALAIKUM=)

Sunday, July 18, 2010

BATAS-BATAS DALAM BERHIAS


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "ALLAH mengutuk wanita yang bertatu/minta ditatu, wanita yang mencukur alis (kening) atau yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan ALLAH".
[Riwayat Ibnu Mas'ud]

Huraian:

1. Maksud MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T ialah membuat perubahan pada ciptaan ALLAH yang telah sempurna secara pandangan umum dan atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu. BUKAN KERANA memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

2. MENCABUT BULU KENING yang merupakan anugerah dan ciptaan ALLAH yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan haram di sisi Islam.

3. Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan ALLAH.

4. Hanya rawatan ke atas PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH SEMBUH DENGAN SENDIRINYA yang diharuskan seperti MEMASANG GIGI PALSU DI TEMPAT YANG RONGAK (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), MENGATUR SUSUNAN GIGI YANG TIDAK TERSUSUN tapi bukan mengasah atau mengikir), MEMAKAI UBAT SUPAYA RAMBUT TUMBUH DI TEMPAT YANG BOTAK (bukan memakai rambu palsu), MEMAKAI UBAT UNTUK MEMBUANG JERAGAT PADA KULIT (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), MEMAKAI INAI, SYAMPU ATAU GEL PADA RAMBUT ATAU JANGGUT (bukan mewarnakannya dengan cat/spray) etc sebagai perbezaan antara MERAWAT/MENJAGA KEASLIAN ciptaan ALLAH dengan mengubah ciptaan-Nya. Merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Jadi sahabat2 dan peringatan khusus untuk diri ana sendiri, jagalag diri kita, sayangilah diri kita daripada melakukan perkara2 haram yang boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka ALLAH S.W.T, na'uzubillahi minzalik.

HILANGKAN KEDUT MUKA DENGAN SENAMAN WAJAH



Antum (terutamanya muslimah) tentu x mahu kulit wajah berkedut kan? Untuk menghilangkan kedutan wajah, antum x perlu terlalu depends pada pelbagai metode yang menggunakan bahan kimia yang kadang2 memiliki side effect. Antum tau x ada cara semulajadi untuk menghilangkan atau paling tidak, mengurangkan kedut pada kulit wajah, dengan melakukan SENAMAN WAJAH=)

1.MENGENCANGKAN KULIT PIPI
Usap pipi antum dengan sedikit tekanan dari bawah ke atas menggunakan kedua tangan hingga sebanyak 10x. Selepas tu, tepu2 bawah pipi antum sebanyak 10x.

2.MENGHILANGKAN KEDUTAN DI BAWAH BIBIR
Gerakannya hampir sama dengan gerakan mengencangkan pipi. Bezanya, ianya dilakukan di bahagian dagu sebanyak 10x.

3. MENGHILANGKAN KEDUTAN DI DAHI
Tarik bahagian bawah dahi ke atas dengan kedua tangan sampai 10x. Setelah itu, arahkan tangan ke samping dahi agar otot-otot dahi dapat tertarik.
4. MENCEGAH KEDUTAN DI SUDUT MATA
Usap dengan sedikit tekanan dengan kedua tangan di mata kiri dan kanan dari arah depan pelipis mata ke samping sebanyak 10x.
5. MENGENCANGKAN BIBIR
Usap dengan tekanan di bahagian kulit di atas bibir dari arah dalam keluar sebanyak 10x. agar otot bibir tetap kencang dan lentur, lakukan beberapa gerakan di bawah ini:

  • Gerakan bibir seperti mencium
  • Gerakan menyedut sampai pipi mengerut
  • Gerakan seperti mencium tapi pipi dikembungkan agar otot di leher tertarik dan kedutan di leher hilang.
  • Tarik bibir ke atas atau senyum. Perbanyakkanlah senyum kerana menurut para ahli kecantikan, tersenyum dapat membuat 100 otot di wajah bergerak

TA'ARUF


Pukul 4.07minit pagi, waktu terbaik untuk melakukan aktiviti2 kerana sela waktu antara jam 3-5 pagi adalah waktu di mana otak dan badan kita berada dalam keadaan paling optimum dan juga waktu di mana ALLAH membukakan pintu-pintu rahmat-Nya dan hanya insan-insan terpilih sahaja yang akan bangun, melepaskan gebar, melawan kantuk mata, dan menghadapkan jiwa dan raga sekhusuknya ke hadrat ALLAH YANG MAHA AGUNG. Percayalah sahabat, waktu ini juga solat kita akan berada dalam keadaan paling tenang dan khusyuk. Maha Suci ALLAH, Tuhan Pencipta Sekelian Alam.

Sepertimana kebiasaan usrah/liqa'/any event, kita akan mulakan dengan sesi TA'ARUF kan? barulah, bak orang kata tu, mesra dan terasa dekat di jiwa. chewah!keh3.

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH buat pembaca2 blog kunyit.the.long.tail ni.why kunyit?what kind of this kunyit?is it a vegetable (kunyit tu tergolong dalam kelompok sayur ea?) or one kind of colours? (iyelah, kunyit tu kan adik beradik warna kuning jugak kan?), or just an unique name from a writer? and on top of that, WHY KUNYIT? ini kot soalan2 yang ana rasa mungkin bermain di fikiran antum bila membuka address URL ni=)

Ok,this is my answer for all those questions. actually, KUNYIT is my cat, my yellow-fur,cute mute male cat. Me, my father, and brother@along found Kunyit at Masjid Sepang in our journey from Tangkak a.k.a Ledang to Shah Alam. We dropped there to perform Subuh prayer and while waiting for his children, Kunyit,which was a baby cat at that time, came to Abah, asking for some food.Surprisingly, only Kunyit was there, at the masjid which is located far away from human residents. Because of that, we came to the conclusion that maybe, Kunyit was dropped at the masjid by its previous owner. Kan?

Hehehe..citer pasal kucing la pulak kan? nama penulis blog ni x bagitau la pulak. Sahabat,my bad and i'm sorry for that. This is me. I can be so excited when it comes to my Kunyit=p Ok. Ehem! Bismillahirahmanirrahim. Nama ana, Nur Adilah dan ana dari Johor, specifically from Ledang yang dulunya di kenali sebagai Tangkak. Nape Ledang ek? sebab populasi penduduk Tangkak dah makin berkembang dngan pelbagai kegiatan ekonomi penduduknya, selain lokasi Tangkak tu sendiri yang menjadi laluan untuk ke highway...(highway ape ek? tolong!!!!ana x ingat highway ape..hhuh...ini lah dia.benda2 len insyaALLAH boley terpantak dengan mudahnya dalam pale ni, tapi bab jalan dengan nama2nya sekali, ana failed! huhuhuhu..malunyeeeerrrr...isk3~sigh), Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Komuniti Ledang, AIR TERJUN GUNUNG LEDANG, dan macam2 ada! keh3. jadi disebabkan itulah, maka Kerajaan Johor menaikkan taraf Tangkak yang dulunya sebahagian dari daerah Muar (Muo) menjadi DAERAH LEDANG.

Ana cintak sama daerah Ledang ni, hehehe. bangga juga la sebab bagi ana Ledang masih seperti dulu. maksud ana, masih tidak ternodai dengan segala macam hiburan yang terpacak di tepi2 jalan yang disengajakan oleh pihak2 yang hanya memikirkan keuntungan duniawi semata-mata seperti panggung wayang (dulu ada, tapi sekarang, alhamdullah dah tutup. lama dah!), shopping complex (iyela kan, makin besar sesebuah shopping complex tu, makin ramai remaja2 khususnya remaja Melayu yang akan menjadi 'jemaah' mengerjakan 'tawaf' lantas memenuhi ruang legar shopping complex. bila dah beramai2 tu, bercambah2 juga maksiat yang sinonim dengan remaja lepak ni, Na'uzubillahi minzalik!). nak cakap pusat karaoke, pusat karaoke memang dah ada, coffee house pun ada. tapi still kedua2 pusat tumpuan manusia dunia khususnya muda-mudi ni masih terkawal (pada pandangan mata kasar ana, x taula kat dalam tu cam ne, iye x?), tidak dipromosikan secara besar-besaran dengan aneka macam betuk hiburan yang dijanjikan pemilik tempat2 ni. jadi untuk itu jugakla, maka wajib untuk ana bersyukur (bersyukurlah sahabat2 waima untuk sekecil2 perkara kerana dari itu, kita akan sentiasa menjadi hamba ALLAH yang selalu bersyukur dan ALLAH menyukai hamba-hamba-Nya yang bersyukur (Subhanallah...hebat ALLAH ni kan? dah la bagi kita nikmat, pastu suka malah menambahkan lagi ganjaran kalau kita bersyukur. Subhanallah, Maha Suci ALLAH!)

Ok, teruskan lagi. Nape ek buat blog ni? hmm...mula2nya dah lame ana berkeinginan nak buat blog ni melihatkan sahabat2 ana pun ramai yang dah ada blog tapi cuma pencetusnya yang masih belum ada. Alhamdulillah, semalam ana diinsipirasikan oleh seseorang untuk buat blog ni. syukran lak ya akhi!=)

Konsep blog ni macam penulis dia jugak, caca merba, keh3. kalau ana rasa ana nak berkarya cam novelis2 dan penulis buku kegemaran ana, mungkin ana akan menulis novel atau cerpen pendek seperti Hlovate. kalau ana rasa ana nak tulis e-diary cam sekarang ni, ana akan tulis la untuk berkongsi dengan sahabat2 semua pandangan ana, nukilan hati dan terjemahan jiwa ana. chewah! keh3. jadi disebabkan itu, ana mengharapkan komen2 bernas malah kritikan2 yang membina dari sahabat2. kalau rasa nak tulis kritikan yang menjatuhkan atau membunuh, sila sediakan sekali pain killer ye! ngeh3. dan kalau ana ada input2 menarik untuk dikongsikan dengan sahabat2, akan akan masukkan termasuklah kesihatan wanita yang ana cukup suka dan ambil berat (sayangilah diri kita, sahabat2 sebab ALLAH suka pada hamba2Nya yang sayang pada diri sendiri kerana dari itu kita akan sayang pada orang lain=)
Jadi, blog ni macam2 ada, hehehe. insyaAllah ana akan istiqamahkan untuk tulis paling tidak seminggu sekali new post.

Tu je kot dari ana setakat ni. insyaALLAH ana akan tulis lagi e-diary cam ni di lain masa. terima kasih pada sahabat2 yang sudi membaca celoteh ana ni dari awal sampai habis. yang mana juz baca sekerat je tu, ana nak ucap terima kasih jugak sebab berterima kasih pada manusia itu merupakan tanda syukur kita kepada ALLAH kan?hehehehe=)

Jumpa lagi sahabat2, mohon maaf untuk segala kata2 yang mungkin tidak menyenangkan,semoga hidup sahabat2 sentiasa dalam limpah rahmat dan keampunan ALLAH dan salam=)



Saturday, July 17, 2010

ANA SUDAH BERTUNANG



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


............ ......... ......... .........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


************ ********* ********* ********* *******


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

KENALI 9 SYUHADA MAVI MARMARA


Harakahdaily

http://www.harakahd aily.net/ v2/index. php?option= com_content&view=article&id=27134%3Akenali- 9-syuhada- mavi-marmara&catid=1%3Autama&Itemid=50

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

APA YANG KAU TAHU


"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak
dapat mempersatukan hati mereka" (Al-Anfal [8]: 63).
**************
Suasana sepi. Hanya kedengaran suara unggas malam yang berzikir memuji pencipta-Nya. Luahan rindu, cinta dan ketaatan yang bahasanya tidak bisa dimengerti oleh makhluk Tuhan yang tidak pernah merasakan diri hamba. Natijah dalam membiarkan diri dikuasai nafsu serakah, natijah dalam membiarkan diri disaluti rantaian makhluk Tuhan yang telah bersumpah akan menyesatkan makhluk Tuhan yang satu ini hingga hari kiamat. Satu sumpah yang tidak pernah dilupakan dalam setiap helaan nafas malah diwariskan kepada keturunan mendatang.

“Justeru...apa respon kita terhadap makhluk Allah yang dipanggil syaitan ini?”
Suasana masih dan terus sepi. Ziyad tersenyum. Dia melurut-lurut janggut sejemputnya.Ligat otaknya yang satu yang dihiasi dengan akal yang sembilan itu memikirkan cara terbaik untuk memecahkan tembok kesepian yang melingkari suasana ini. Interaksi satu hala, bukanlah cara terbaik dalam menyubur kefahaman menghadam ilmu pengetahuan terutama ilmu berkaitan akidah, iman, dan amal ini.

“Hmm...kalau hati kita ni dibisikkan oleh godaan syaitan, boleh ke kalau kita baling batu kat ‘dia’?” Ziyad tanpa putus asa terus memancing respon. Pemuda itu membuang pandangan ke sisi kanannya. Ulas nipis merah bibirnya terus tersenyum apabila terpandangkan beberapa ketul batu kecil. Mengutip ketulan batu-batu tersebut, lalu Ziyad membaling sekuat hatinya mengenai sasaran yang tidak kelihatan. Sekejap balingannya ke utara, sekejap di selatan, dan sekejap pula di timur. Cacar-merba bak kata orang utagha!

“Abang baling batu kat siapa tu? Kenapa baling batu-batu tu?” tanya seorang adik di dalam kumpulan kecil diskusinya.

Ziyad berhenti. Melakonkan pula aksi dia mengesat peluh yang entah bila merembes keluar ke dahi.

“Baling batu kat syaitanlah! Sebab baru sejekap tadi abang dihasut agar menjahit saja mulut adik-adik ni!” Ziyad berseloroh. Pecah derai tawa adik-adik dalam kumpulan kecil diskusinya.

‘Alhamdulillah! Terima kasih Allah...’ Ini satu permulaan yang baik!

“Mana boleh baling batu kat syaitan abang Yad? Syaitan kan tak nampak?” ulas Nufail, adik paling kecil dalam kumpulan kecil diskusinya. ‘Ewah, ewah! Sesedap sambal belacan je budak comel ni singkatkan nama aku jadi Yad? Hmm..Yad pun Yad lah! Best juga nama tu, ye?’

“Eh..tapi bukankah rombongan haji lontarkan batu-batu di Arafah sebagai simbolik merejam syaitan?” kata Usamah, mencetus inkuiri. Lima pasang mata milik kanak-kanak lelaki sekitar enam hingga sembilan tahun serentak memandang Ziyad, memohon penjelasan.

Rentak zikir dalam hati Ziyad terus beralun sedari tadi. ‘Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! Allah!’. Dalam tenang, dalam senyumnya yang masih terus menguntum, Ziyad memberikan penjelasan.

“Betul adik Nufail. Syaitan tak nampak, mana boleh kita baling batu kat ‘dia’. Benar Usamah, orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah membaling batu di Arafah sebagai simbolik merejam syaitan,” terang Ziyad menala pandangannya ke Nufail, adik kecil manja yang berbadan montel, bertambah comel dengan kedua-dua pipi gebunya yang kemerah-merahan. Terus pula pandangannya jatuh kepada Usamah, adik lelaki yang tinggi lampai, berkaca mata dengan rambut yang sentiasa diminyakkan dan disikat rapi. Dan pandangan Ziyad kemudiannya melatari kesemua adik-adik dalam kumpulan kecil diskusinya.

“Dalam kehidupan sehari-hari, takkan adik-adik nak rejam batu setiap kali digoda dengan bisikan syaitan? Selain mungkin akan terkena orang disekeliling kita, nanti orang kata adik-adik.....?” Ziyad memutar-mutar jari telunjuk 360 darjah berkali-kali di sebelah sisi kiri kepalanya dengan mata yang sengaja dijulingkan.

“Gila!!!!!” sahut adik-adik dalam kumpulan kecil diskusinya sekuat hati.

“Hahaha! Abang tak cakap adik-adik gila. adik-adik sendiri yang cakap.”

Adik-adik dalam kumpulan kecil diskusinya tersengih. Ada yang tersipu-sipu sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Hehe...Okeylah, abang minta maaf, ye? Abang bergurau saja tadi. Alright, berbalik kepada perbincangan kita tadi..Eh, tadi abang berhenti kat mana, ek?” Ziyad masih terus berusaha memancing respon adik-adik dalam kumpulan kecil diskusinya. Suasana ceria yang baru tercetus dengan izin Allah yang Maha Besar, harus terus dihidupkan agar perbincangan ilmiah ini tidak jemu dan membosankan.

“Abang cakap pasal apa akan jadi kalau kita baling batu,” jelas Jihad, adik lelaki yang paling laju lariannya dan paling sedap suaranya tatkala mengalunkan azan. ‘Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!’

“Terima kasih, Jihad,” ucap Ziyad menghadiahkan senyuman kepada adik empunya nama itu. Jihad mengangguk-angguk kecil. Hatinya berbunga riang kerana diberi penghargaan sebegitu di hadapan rakan-rakannya.

Ziyad terus menyambung penjelasan,”Adik-adik, dalam kehidupan seharian kita, cukup sekadar kita menyebut A’uzubillahiminnassyaitonirrajim yang bermaksud Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. InsyaAllah, dengan kesungguhan kita memohon perlindungan Allah dan keyakinan kita terhadap-Nya, hati kita takkan tergoda dengan bisikan syaitan itu. Dalam ibadah haji, perbuatan melontarkan batu di jamrah itu selain simbolik merejam syaitan yang terus-terusan menggoda kita ke arah kemaksiatan seperti yang Usamah cakap tadi, perbuatan melontarkan batu itu adalah sebagai menunaikan salah satu rukun haji. Adik-adik, siapa yang perintahkan rukun-rukun haji, ni?”

“Allah!!!!!” Ziyad tersenyum. Dalam hati, alunan zikir makin rancak ‘memukul’ hati.

‘Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!’