Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Friday, September 17, 2010

REMAJA KITA.....DAN REMAJA MEREKA

Remaja kita, harapan penyambung generasi warisan, di bumi tercintaku...


Remaja mereka...di Jeddah, Arab Saudi



Remaja mereka...di Iran

Mereka ni siapa?
Mereka adalah Basij (Baseej-e Mostaz'afin atau "Gerakan Mereka yang Tertindas"). Mereka adalah sukarelawan yang digerakkan oleh Ayatullah Ruhollah Khomeini pada November 1979. Foto atas adalah sekumpulan Basij tidak jauh dari Tehran. Kebanyakan mereka anak muda. Tetapi ada juga yang sudah 'pencen' tetapi bersemangat untuk berjihad. Tugas mereka sebagai paramilitari, termasuk ketika darurat dan kecemasan. Mereka juga berperanan untuk kerja-kerja kebajikan, dan menguruskan perayaan agama. Mereka hanya patuh kepada Imam Ali Khamenei. Mereka inilah yang Israel, Amerika dan Arab Saudi takuti.

Sumber:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/mengapa-islam-tidak-akan-bangkit-semula.html?obref=obinsite

Add caption
 "Dan Kami (ALLAH) hendak memberi kurnia kepada orang yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi".

Di dalam surah Muhammad, ayat 38, ALLAH SWT berfirman,"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa, dan berderma). DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang akan menggantikan kami? Bagindan menepuk bahu Salman al-Farisi (bangsa Parsi, kini dikenali sebagai IRAN) dan bersabda."Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, Halaman 182)

*Banyak lagi direktori dan gambar yang mencetuskan kagum ana pada Iran (kini baru ana mengerti, mengapa Tuan Haji Faisal Tehrani@ Faizal Musa mengagumi bangsa Iran meskipun tuan haji berfahaman sunni. Sunni atau syiah, kedua2nya menganut agama yang mengesakan ALLAH!). Untuk lebih tahu mengapa ana berkata sebegini, sila layari blog tuan haji di www.tehranifaisal.blogspot.com

Jazakumullahu khairan kathira=)

DOAKU...DAN PINTAKU DENGAN HARAP

Doaku… 
Harapanku… 
Pintaku dengan harap… Harap dengan sangat… 
Penuh rendah diri sebagai hambaMU
Kurniakan aku masjid yang sempurna 
Dengan jodoh yang baik-baik Penuhi pertemuan dan perpisahannya 
Dengan iman, nur dan rahmatMU… 
Biar jodohku itu… 
Buatkan aku dekat padaMU Ya ALLAH
Biar jodohku itu… 
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku Biar jodohku itu… 
Buatkan aku lebih mencintaiMU
  Lebih dari segalanya Ya Tuhan… 
Ya ALLAH…Amin…

EDCOUSTIC - AKU INGIN MENCINTAIMU

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang KAU beri pada diriku
Terlalu sering membuatMU kecewa
Tak mungkin kan aku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan..berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMU...

Aku ingin mencintaiMU...setulusnya...
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa...dalam ucapan...dalamm setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMU...selamanya
Sehina apa pun diriku
Ku berharap untuk bertemu
DenganMU...Ya RABBI....

BERUBAH AKU...BERUBAHKAH KAMU?

Berubahkah aku..hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah
Hanya sekadar sesuatu
Tak berapa lama pun itu
Jarang ku terendap dalam sikap di mana ku berubah

Tuhan...aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan...aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahanku

PADAMU KU BERSUJUD

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat selain hanya namaMU...ya ALLAH

Esok ataukah nanti...ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempat ku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya...hambaMU yang selalu bertaubat

Ampuni ya ALLAH
Yang sering melupakanMU
Saat KAU limpah karuniaMU..dalam sunyinya aku bersujud

(PadaMU aku bersujud, Nyanyian: Afgan Syah Reza)



Catatan Diari Dari Seorang Isteri



3 pagi






Terasa hangat kucupan pada dahi ini. Ku lihat zauji di sebelah sudah siap berjubah putih dan berkopiah. Lantas daku hadiahkan sekuntum senyuman buat zauji. Sungguh semangat dia pagi itu. Mungkin kerana malam semalam dia tidak ada tugasan di luar. Kalau tidak nampak juga wajah keletihannya jika pulang lewat dari mesyuarat atau usrah cawangan. Namun, ianya tidak pernah tinggal.






Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh. Kau tetapkanlah imannya, kekalkanlah ketaqwaannya padaMu, dan eratkan lagi kasih sayang yg telah Engkau berikan kepada kami. Ameen!






6.30pagi






Selesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa kudus zauji, seperti biasa zauji akan memberikan sedikit kuliah buatku. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ku tahu disebalik ketenangan itu terlalu banyak tugasan yang perlu zauji selesaikan. Jawatan sebagai Ketua Pemuda Kawasan membuatkan waktu untuk kami bersama amat terhad. Jadi, waktu beginilah zauji manfaatkan bersamaku. Aku redha dan pasrah, malah aku bangga miliki zauji. Dialah suamiku dunia akhirat.






8.00pagi






Pagi sabtu begini zauji ada mesyuarat mingguan di Taman Melawati. Lagipun pula sekarang sedang hangat isu pilihanraya umum, semakin sibuk insan kesayanganku itu, kekadang tak sampai hati melihat keadaan zauji. Ke sana dan ke mari menjalankan tugas. Namun tak pernah ia merintih dan mengadu. Aku persiapkan kelengkapannya untuk mnghadiri msyuarat. Baju dan seluarnya telah siap ku gosok. Kopiah, sapu tgn, dan stoking sudah pun kucuci, ku susun rapi di atas katil. Zauji kata hari ini dia perlu bawa fail Tarbiyyah dan Siasah. Aku capai fail2 yg sedia tersusun rapi di atas rak dan ku satukan bersama pen dan beberapa helai kertas kosong utk zauji membuat catatan dan ku letakkan ke dalam briefcasenya.






Aku bergegas ke dapur. Melihat pisang yg ku goreng. Zauji sedang menikmati teh panas, aku suakan pisang goreng ke mulutnya. Zauji tersenyum, katanya pisang gorengku sedap, lantas cubitan manjaku singgah ke pipinya yg semakin usang dibawa usianya yg semakin meningkat.






Ya Allah, bahagianya aku pagi ini. Kau lindungilah suamiku, permudahkanlah tugasnya dan peliharalah dia. Kekalkanlah kemesraan ini hingga ke akhir hayat kami?






Sebelum zauji pergi ke Taman Melawati, dia berpesan padaku agar menjaga diri baik-baik. Zauji berjanji akan pulang selepas sahaja habis mesyuarat. Aku betulkan kopiah zauji yg senget sedikit. Aku pastikan segala kelengkapan yang perlu zauji bawa tidak tertinggal. Aku kucup tangan kasar zauji yg telah banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walau tak seberapa gaji zauji terima, namun keberkatan dari Allah, wang yang sedikit itulah mengajar kami bersifat zuhud dan bersederhana dalam apajua keadaan. Zauji mengucup dahiku. Sebak rasanya di dada. Aku rangkul tubuhnya yang nampak letih namun di dalamnya membara darah hangat semangat seorang pejuang yg bakal mengalir titisan saga seorang mujahid. Jelas di wajahnya kerisauan utk meninggalkan diriku berseorangan di rumah. Namun ku yakini zauji bahawa aku pandai menjaga diri. Zauji mengucapkan terima kasih kepada ku kerana menyiapkan kelengkapannya pagi itu dan sarapan untuknya.






Sama-sama zauji, berjuanglah wahai mujahid Allah.






10.00pagi






Alhamdulillah, Semuanya telah selesai. Baju sudah siap ku cuci dan ku sidai. Aku pastikan keadaan rumahku berada dlm keadaan bersih. Walau kecil rumah yg zauji sediakan untuk kami berteduh, namun aku tidak pernah merungut. Di rumah kecil inilah kami menyemai kasih sayang. Aku redha bahawa seorang isteri solehah tidak akan mengungkit-ungkit akan pemberian yg diberikan oleh suami, apatah lagi meminta-minta sesuatu yg diluar kemampuan zauji.






Selepas selesai segala kerja-kerja rumah, aku ke bilik khas tempat di mana zauji dan aku menyimpan fail-fail jemaah dan tempat kami berbincang. Rak buku yg mengandungi buku zauji dan buku ku yg kami kumpul sejak di universiti lagi. Zauji memang minat membaca.






Aku membelek-belek planner dan sesekali aku mengerling ke arah jadual yg sedia terlekat di dinding. Sepatutnya aku ada usrah tetapi terpaksa dibatalkan. Waktu yg lapang ku cuba siapkan kerja-kerja zauji. Zauji kata, kalau ada masa lapang, buatkan teks tazkirah dan ceramah utknya. Zauji selalu juga mendapat undangan ceramah dan tazkirah setiap malam isnin, zauji akan memberi kuliah maghrib di surau berdekatan rumah kami. Zauji tahu aku tidak mempunyai ilmu yg mantap sepertinya, namun zauji selalu memberikan ku keyakinan padaku yg aku boleh. Jika ada kesalahan pada teks ku, zauji akan memperbetulkan dan memberi penerangan kepadaku.






11.45 pagi






Zauji baru sahaja telefon. Katanya mesyuarat baru sahaja habis. Aku bergegas ke dapur melihat asam pedas yg ku masak tadi. Tentu zauji suka, aku pastikan segalanya dalam keadaan sedia. Diriku bersih dan terurus, itulah tanggungjawab seorang isteri. Kedengaran bunyi motor zauji dari kejauhan. Aku buka sedikit pintu, tersenyum zauji melihatku. Gembiranya hati ini melihat zauji tersenyum. Lapang rasa hati, tenang pula dijiwa. Aku sambut kepulangannya dengan mengucup tangannya. Zauji lantas memegang tanganku, dihulurkan satu bungkusan kepadaku. Di dalamnya ada sepasang jubah berwarna merah jambu. Aku senyum kepada zauji., tanda terima kasihku.






Ya Allah, semoga zauji menjadi suami yg soleh dan ku menjadi pendampingnya yg solehah. RedhaMu adalah kemuncak segala cita-cita, moga baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat kami, amin!






3.00petang






Petang ini seperti biasa zauji duduk bersamaku menyelesaikan tugasan jemaah. Zauji selalu berpesan kepadaku jika ada sesuatu yang perlu dibicarakan, maka luahkanlah, zauji memang tidak pernah mengabaikan perasaanku. Aku selalu meyakinkan pada zauji agar jangan risau tentang diriku. Aku takut diriku menjadi asbab akan gugurnya zauji dari perjuangan ini. Tidak ingin sekali-kali.






Ku dambakan hati setabah Khadijah, minda secerdik Aisyah, jiwa setenang Fatimah dan diri sehebat Sumayyah. Ingin aku hadiahkan ketabahan, kecerdikan, dan ketenangan itu kepada zauji. Moga zauji bangga memiliki zaujah seperti itu. Namun, kurasakan diriku amat kerdil dan jauh untuk ku capai maqam setinggi itu.






Zauji selalu meyakinkan bahawa aku zaujah yang baik, itulah doa buatku, moga doa zauji dimakbulkan Allah.






9.00malam






Malam ini zauji ada tugasan di luar. Zauji diarahkan ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat bersama Tuan Guru. Aku siapkan kelengkapannya. Zauji kata, urusan ini mengambil masa seminggu. Sedih juga di hati ini, tapi aku harus terima hakikat bahawa zauji bukan milikku seorang. Allah adalah punya mutlak zauji kesayanganku. Maka aku mesti redha miliki suami ahli gerakan Islam. Sebelum zauji pergi, zauji menghulurkan sampul surat kepadaku. Aku tersenyum, zauji pun tersenyum. Pastinya surat buatku. Zauji pasti akan mengarang surat untukku jika dia bertugas di luar. Zauji akan menasihatiku dan memberikan perangsang buatku. Terima kasih zauji.






Zauji semakin hilang di kepakatan malam yg hening itu. Dia pergi utk menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Selamat berjuang wahai mujahid Allah! Aku sentiasa di sini menanti kepulanganmu dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Ketahuilah zauji tercinta, tidak pernah walau sekelumit aku menyesal menjadi surimu walau selalu ditinggalkan. Malah, aku bersyukur dan merasa amat bangga kerana diizin Allah untuk bersamamu. Biarlah dunia ini penjara buat kita, namun di akhirat sana Allah pasti akan memberikan ganjaran pada hamba yg ikhlas dan sabar.

Takdir Atau Hanya Kebetulan??




Jam di tangan telah menunjukkan tepat 8.00 malam. Aku tercari-cari bas ekspress yg bakal ku naiki. Aku kegelisahan,mungkinkah bas tu dah meninggalkan ku? Aku sepatutnya berada di stesen bas 10 minit sebelum pukul 8.00 malam tapi kerana cuti yg tidak dirancang ini, ia membuatkan aku kelam-kabut utk mengemas barang-barang.

"Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. ameen",doa ku di dalam hati. Tiba-tiba Aiman,temanku yg menghantar ku tadi menarik pergelangan tanganku.

"Wazzir,cepatlah.. itu bas untuk ke Batu pahat kan?" tunjuk Aiman pada sebuah bas ekspress yg baru saja hendak bergerak itu.

Setelah bersalaman dengan Aiman, akupun bergegas menahan bas tersebut. Mujur aku masih sempat lagi. Aku mencari tempat duduk kosong. Alamak.. serba-salah aku nak duduk kerana di sebelah bangku kosongku telah ada seorang muslimah bertudung labuh. Aku memerhatikan bangku-bangku lain, manalah tahu ada bangku kosong, dapatlah aku elakkan daripada duduk di sebelah muslimat yg bukan muhrimku itu. Dalam aku terpinga-pinga itu.. lantang suara pemandu bas berteriak ke arah ku menyuruh agar aku segera duduk.

"Ya Allah..hindarkan diriku dari melakukan sesuatu yg boleh menghamburkan daku ke dalam nerakaMu... ameen", sekali lagi aku berdoa pada Ilahi.

Sedang aku leka berzikir di dalam hati, tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Erm.. rupa-rupanya keluarga si gadis berkenaan telah mengaturkan pertunangan untuknya.

"Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya".. ujarku sambil menduga gadis tersebut.

Gadis itu menyeka air matanya.."Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan".

"Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan.

"Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan.. tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq.”

Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.. “InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti, tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah”. Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

“Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut, ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan… ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat isikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk.. insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar..

Tersenyum gadis di sebelahku…”Terima kasih atas kata2 nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini”, ujarnya dengan penuh bersemangat. Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir.

Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar, perjalanan yg hampir 11 jam itu telah sampai ke destinasinya.

Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut, “Saudariku.. andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata2 utk mendapat keredhaan Ilahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan..”

“Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta. Assalamua'laikum..” ujar gadis itu perlahan.

“Waalaikumussalam… insyaAllah, berdoalah pada Ilahi.” Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu… “MasyaAllah… ayunya gadis di hadapanku ini”, ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya.

**********************
“Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua. Ibubapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan.

Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria2 benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang ustazah dan mengajar di pantai timur. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar.

Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata2 gadis yg kujumpa dalam bas tadi … “Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta…”

“Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi.

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disiram Nur Kasih


Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan In-Team... berkumandang di corong radio.

Bertudung Tapi Berdosa??


Salam
Antum perasan x, pemakaian tudung dengan sanggul tinggi seperti dalam gambar di atas seakan menjadi trend muslimah masa kini?
Cantik (ke)? Hmm..pada awalnya ana fikir muslimah yang pakai tudung macam ni sanggul rambut dia tinggi2.
Mulanya ana cam x berapa 'aware' / x cakna jugak dengan pemakaian tudung cam ni. tapi setelah menonton satu slot drama di tv3 yang disiarkan pada waktu petang, terdetik di hati ana time tu,'tingginya sanggul tudung dia?' pastu suatu petang raya, masa ana, adik ana, dan bonda sibuk mengemas di dapur, ana mendapat jawapan jelas dari bonda. bonda mengatakan, ada satu alat khas (hijab hair clip`uiks? ada ek? oooo...), tapi bonda ana sendiri pun x tahu macam mane bentuk hijab hair clip ni. jadi, dek desakan perasaan ingin tahu, ana pun surf kat internet dan nah...ini jawapannya...






Mencari Solehah Atau Menjadi Soleh??

Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga habis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba. Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat taqdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada pos kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh!
Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab, “dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”. “Pandai jaga hati”. Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan‘baik’ itu yang berbeza. Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah.

Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya. Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka: “Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.” “Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati”. “Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu”. Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu? Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain.





Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah!
Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita? Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu. Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh. Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita.

Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

Warna & Firasat Wanita




UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.


HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.


KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.


MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
wanita yang suka warna biru adalah:
seorang yang setia paa suami,
senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.


KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.


COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.


HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,

NANTIKANKU DI BATAS WAKTU-EDCOUSTIC

PENDAMPINGKU-EDCOUSTIC

GERAK JARI SINGKAP RAHSIA DIRI

MEMICIT ATAU MEMEGANG HIDUNG
  • Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa jua tindakan yang dilakukan.
  • Seseorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar2 dipecayai.
MELETAK TANGAN PADA BAHU KAWAN
  • Suka ikut kepala sendiri
  • Pentingkan diri sendiri
  • Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.
BERMAIN DENGAN TANGANNYA
  • Mempunyai tahap humor yang tinggi
  • Pandai berjenaka
  • Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati
  • Jenis open minded
MEMATAHKAN JARI JEMARI
  • Seseorang yang gugup
  • Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
MENGGIGIT KUKU
  • Gugup dan gementar bila berbicara
  • Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati

TOP SECRETS ABOUT WOMAN THAT YOU SHOULD KNOW...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat.



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

 

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR...


wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Tuesday, September 14, 2010

NASIHAT SAIDINA ALI KARAMULLAHU WAJHAH

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda        

2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3.Kebesaran  seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang  mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
   menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
    kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih   jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus  dijagai ,sedangakan ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan  kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas  dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan  keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
     1.mereka yang mengenal Allah
     2.mereka yang mencari kebenaran
     3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
    Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali   dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari  mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan  untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya   keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran  itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui  batas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas
     kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah  suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang
    dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana  perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Khalifah Alam Maya...: APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM??

Khalifah Alam Maya...: APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM??

Bagi ana, isu ni tak pernah 'lapuk'.
Jangan sampai media massa memberitakan isu ini, baru kita (orang Melayu-Islam) nak melenting, marah, tak puas hati, nak bakar itu ini, nak berdemonstrasi sampai pecah peluh.

Isu ini isu sejagat, isu yang kita sebagai umat Islam perlu sentiasa cakna.

Ingatlah..di saat kita 'leka' dan tak cakna lagi dengan isu ini, musuh kita masih rapi merancang strategi seterusnya.

"Kebatilan yang terancang akan dapat mengalahkan Kebenaran yang tidak dirancang" (Saidina Ali karamullahuwajhah)




Khalifah Alam Maya...: SOLAT

Khalifah Alam Maya...: SOLAT

Bacalah artikel ini dan fahami serta hayati.
 Muhasabah semula mengapa ALLAH telah berfirman, "Solat itu berat, kecuali bagi orang2 yang khusyuk?"






JOM MASAK- KENTANG PUTAR ALA KFC



Untuk respi kali ni, ana maleh nak celoteh panjang2. ana ringkaskan yek. selamat mencuba!=)

 

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit sampai hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya. 

 

Jom, buat sos pulak...


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (ana guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Antum masaklah ikut pekat mana yg disukai. Antum rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin. 
SELAMAT MEMASAK=)
jazakallahu khairan kathira

p/s: ni pun bukan gambar kentang putar yang ana masak tau. amek kat internet, ngeh3.
insyaALLAH...kalau da ada kamera nnt, ada la gambar makanan yang ana masak sendiri=)




JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU...


Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
"Apakah keistimewaan perempuan ini?”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yg solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

p/s: puisi ini adalah perkongsian dari beberapa orang teman di FB.






TOP SECRETS ABOUT WOMAN THAT YOU SHOULD KNOW...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat.



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

 

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI JADI MISS Z!!!!


Sebelum ana mencoretkan kenangan manis bersama Miss Z, ana nak mintak maaf kat miss Z sebab lambat wish besday dia. besday miss Z 31/8 hari tu. huhu...maaf ye miss Z. macam miss A, ana pon bley terlupa hari istimewa sahabat ana ni...


Hehehehe...siapa yang tak kenal dengan miss Z? miss Z ni pun popular cam miss A jugak tau. dalam kelas kami, miss Z dikenali sebagai seorang yang sangat menjaga adab dan pertuturannya. lembut dan sopan je miss Z cakap. Suka menolong orang lagi dan tak rasa disusahkan.


Miss Z juga mudah simpati pada seseorang itu dan penggemar kucing macam ana! hehehhe...rasanya itu antara sebab yang buat kitaorg bley 'kamceng'. in a situation yg miss A akan elak digesel oleh kucing, kami berdua yg akan bermain dengan kucing tu, keh3.


Ana sangat bersyukur ada sahabat baik macam miss Z ni. dia memang baik hati dan selalu tolong ana. sampai ana tak tahu nak buat cam ne lagi nak balas segala kebaikan dia.


Dan ada satu perkara yang buat ana dan miss A rasa nak 'cekik2' miss Z ni adalah, DIA PEKA DAN SUKA TOLONG KAWAN2 DALAM KESUSAHAN, TAPI DIA SENDIRI PENDAM PERASAAN DIA.huhu...tapi nak wat cam ne kan? pada ana dan miss A, itu hak miss Z. pueh doh kami pujuk miss Z untuk share masalah dia dgn kami, tapi dia akan act cam x de pape yg berlaku. so, di sebabkan itu jugak, ana hormati dan respek dengan miss Z ni sebab dia tak suka menyusahkan orang. 'Miss Z suka meletakkan tangannya di atas (untuk membantu) daripada meletakkan tangannya di bawah (untuk dibantu).


Miss Z, walaupun ana mungkin tak tahu segala masalah yang awk sedang hadapi, tapi ketahuilah miss Z, ana akan sentiasa sudi mendengar keluhan, rintihan, kisah suka duka dan tangisan awk. Ana akan sentiasa ada di sisi awk kerana kita adalah sahabat. Dan ana berdoa akan persahabatan kita ni kekal hinga ke syurga. Amin ya ALLAH...


HEPI BESDAY MISS Z! Semoga dengan pertambahan usia akan merangsang peningkatan iman dan taqwa=) Babai miss ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......(ngantok plak, hahahhahahaha...gurau je ek miss Z? kih3=p


Miss u soooo muuuuuccccccccccccccccccccccccchhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jazakallahu khairan kathira=)

Khalifah Alam Maya...: Kedatangan Dajjal, Nabi Isa & Yakjud Makjud

Khalifah Alam Maya...: Kedatangan Dajjal, Nabi Isa & Yakjud Makjud

Salam
benar apa yang diperkatakan oleh akh.
dalam sebuah buku terbitan Hijjaz Publishing (x ingat nama penulisnya,huhu) yang bertajuk "Misteri Dajjal Terbongkar", misteri2 ketamadunan purba seperti batu berukirn kepala manusia di Pulau Ester, batu Stonhenge di England, banyaknya batu2 granite besar yang diukir bulat dengan ketepatan ukuran yang dijumpai di Amerika Selatan, tamadun Mayan etc sumenya diilhamkan oleh seorang manusia yang bernama dajjal dengan izin ALLAH.

Dajjal ni memang seorang manusia yang mana lahir hasil hubungan ibu bapanya ketika ibunya sedang haid. sewaktu ibunya sarat mengandungkannya, ayahnya membawa ibunya serta seekor sapi untuk dipersembahkan kepada syaitan (kedua ibu bapa dajjal ni adalah pengikut dan penyembah syaitan). untuk makluman, mereka tinggal di Samirah, sebuah kota yang 'kotor' dengan maksiat2 sepertimana kaum Pompeii (yang ditimpakan oleh ALLAH serta merta sewaktu penduduknya sibuk melakukan maksiat terang2an yang tidak terbendung lagi seprtimana kaum Sodom yakni kaum Nabi Luth).

Namun ALLAH telah menyelamatkan kanak2 (yang kemudiannya bernama Dajjal ini) dengan memerintahkan malaikat untuk membawanya ke sebuah pulau (sepertimana yang akh kisahkan di atas, penemuan pulau itu oleh Tamim ad-Dary) dan malaikat memliharanya dengan izin ALLAH.

Pulau itu yang dikenali dengan nama Pulau Haiwan buas dan berbulu lebat itu memang tidak pernah dijejaki manusia kecuali Tamim ad-Dary. Setelah besar, manusia (dajjal) berjalan2 di sekitar pulau dan tidak ada seekor binatang2 buas di situ yang menggangunya. Kemudian, dia ditemui oelh seekor binatang yang amat besar dan berbulu sangat lebat berkata2 kepadanya dan membawanya ke satu batu yang bertulis arab dan tulisannya secara kesimpulannya menyerumanusia itu supaya MENGESAKAN ALLAH, MENGAKUI KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W yang akan datang DAN BERIMAN KEPADA KERASULAN BAGINDA, MENGAKUI BAHAWA ALLAH ADALAH RAJA SELURUH ALAM, dan manusia itu boleh memakan apa saja di pulau itu sesuai dengan kehendaknya.

namun manusia itu mengkufuri nikmat ALLAH dan keesaan ALLAH. ALLAH telah menganugerahkannya tahap kebijaksanaan yang luar biasa sehinggakan kepintarannya menjangkaui zamannya dan zaman yang akan datang. dengan izin ALLAH, manusia itu pergi ke Segitiga Bermuda dan bersekongkol dengan Iblis (manusia itu mahu menjadi raja dunia dan iblis mahu menyesatkan manusia). maka iblis mengajarkannya sihir2 dan ilmu2 syaitan yang tidak pernah diajarkan kepada mana2 manusia.

Manusia itu mampu hidup (sekali lagi dengan izin ALLAH dan semua yang terjadi keatasnya dalah dengan izin ALLAH!) dalam 2 masa@ zaman iaitu dia mampu melangkah masuk ke dunianya semula (dunia manusia) dan kemudian 'berhibernasi' di alam jin dengan kemampuan mampu melihat apa yang manusai lain sedang lakukan di dunia. ketika manusia itu masuk ke dunia manusia, dari situlah dia mengilhamkan pembinaan TAMADUN2 DAN TEKNOLOGI2 PURBA seperti yang ana beritahu awal tadi. dia berbuat demikian dengan identiti yang berbeza2 mengikut waktu dan zaman tersebut. dia ingin meninggalkan 'kesan' dan bukti kebijaksanaannya kepada generasi manusia akan datang agar mengaguminya kerana mana mungkin pada zaman purba itu, manusia purba mampu menukir, mengangkat, membuat ukuran yang tepat kepada batu2/piramid/artifak mereka.

dan illuminati/illumination (SYAITAN DALAM BENTUK MANUSIA) adalah penyembahan manusia kepada syaitan Lucifer yang mana manusia2 pengikut dan penyembah syaitan ini adalah 'MASON' (FREEMASON), ideologi, fitnah dari dajjal untuk mempersiapkan bala tenteranya yang terdiri dari manusia2 mason ini dan manusia2 yang mengaguminya ketika mana saatnya dia akan kembali ke dunia manusia dengan izin ALLAH di waktu terjadinya kiamat besar nanti.

WALLAHU'ALAM. segala perkongsian ilmu yang amat sedikit ini adalah kesimpulan secara ringkas hasil pembacaan ana dari buku "Misteri Dajjal Terbongkar" yang kebanyakan sumbernya adalah dari Muhammad Isa (huhu..bin apa ek???apa tajuk buku dia? aduii...lupa tajuk buku pulak..ngeh3. inilah akibatnya kalau baca secara skimming dan scanning je (teknik membaca cepat untuk mendapatkan gist atau info2 penting dan ingin dicari saja) tanpa ana sendiri yang patut menghargai penulisnya dgn meningat nama penulis /nama buku 2..huhu)

syukran akh atas perkongsian ilmunya.
jazakumullahu khairan kathira =)